Tuesday, October 4, 2016

PENGAJARAN

  • Secara keseluruhannya terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita jadikan sebagai panduan untuk menaikkan semangat mencintai rukun Negara. Antara pengajaran yang diperolehi , rakyat Malaysia seharusnya ,mengambil iktibar daripada kejadian rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Selain itu, rakyat Malaysia juga perlu mengamalkan cara hidup demokratik supaya dapat mencipta masyarakat yang adil demi menjaga kemakmuran Negara. Akhir sekali, rakyat Malaysia haruslah menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan sebagai amalan hidup di Malaysia .



KESIMPULAN
  •  Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuk Malaysia. Ia penting kerana tampa perpaduan, sebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk di bangunkan dan mudah di ancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah menyedarkan kita semua, yakni rakyat Malaysia akan bertapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga-mencurigai antara satu sama lain.

VIDEO

https://www.youtube.com/watch?v=z051tW7XrxM

RUJUKAN

Buku teks pengajian malaysia

Wikipedia.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara
   
RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI

RUKUN NEGARA

 Rukun negara dibentuk pada 31 ogos 1970 oleh majlis gerakan negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 mei 1969 yang menghancurkan perpaduan negara.

OBJEKTIF RUKUN NEGARA

  • Mewujudkan perpaduan yangb lebih erat dalam seluruh masyarakat. Contohnya masyarakat melayu,china,india dan lain-lain lebih bersatupadu selepas rukun negara dibentuk.
  • Memelihara cara hidup demokratik. Contohnya negara mengadakan pilihan raya pada setiap lima tahun..
  • Mencipta satu masyartakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama seacra adil dan saksama. Contohnya negara mempunyai undang-undang yang sistematik dan adil.

PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA


Image result for KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

  • Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama yang betul akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Kesimpulan
  • Rakyat Malaysia bebas menganuti semua agama tetapi agama islam sebagai agama rasmi bagi Negara Malaysia.



Image result for kesetiaan kepada raja dan negara

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

  • Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.
Kesimpulan
  • kita hendaklah patuh kepada pemimpin negara kita agar Malaysia tidak lagi mudah dijajah dari segi mental mahupun fizikal.

.
Image result for keluhuran perlembagaan

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

  • Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
Kesimpulan


  • Semua undang-undang mestilah selaras dengan perlembagaan persekutuan jika tidak maka undang-undang itu adalah terbatal.


Image result for kedaulatan undang-undang

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

  • Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan.
Kesimpulan


  • Undang-undang hendaklah dipatuhi oleh setiap rakyat Malaysia supaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman. 

Image result for kesopanan dan kesusilaan

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 

Kesimpulan

  • Semua rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan sikap saling menghormati antara satu sama lain bagi menjaga hak penduduk rakyat Malaysia.






   NAMA AHLI KUMPULAN


MOHAMMAD IZZAT AIMAN      MOHAMMAD AFIFFUDIN    MUHAMMAD ISKANDAR
BIN SALLEH HUDDIN.              BIN ABDULLAH.                   BIN MAHYUDDIN. 
(16DEE16F1093)                           (16DEE16F1998)                     (16DTK16F1012)