RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI
RUKUN NEGARA
Rukun negara dibentuk pada 31 ogos 1970 oleh majlis gerakan negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 mei 1969 yang menghancurkan perpaduan negara.
OBJEKTIF RUKUN NEGARA
- Mewujudkan perpaduan yangb lebih erat dalam seluruh masyarakat. Contohnya masyarakat melayu,china,india dan lain-lain lebih bersatupadu selepas rukun negara dibentuk.
- Memelihara cara hidup demokratik. Contohnya negara mengadakan pilihan raya pada setiap lima tahun..
- Mencipta satu masyartakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama seacra adil dan saksama. Contohnya negara mempunyai undang-undang yang sistematik dan adil.
PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
- Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama yang betul akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Kesimpulan
- Rakyat Malaysia bebas menganuti semua agama tetapi agama islam sebagai agama rasmi bagi Negara Malaysia.
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
- Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.
Kesimpulan
- kita hendaklah patuh kepada pemimpin negara kita agar Malaysia tidak lagi mudah dijajah dari segi mental mahupun fizikal.
.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
Kesimpulan
- Semua undang-undang mestilah selaras dengan perlembagaan persekutuan jika tidak maka undang-undang itu adalah terbatal.
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
- Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan.
Kesimpulan
- Undang-undang hendaklah dipatuhi oleh setiap rakyat Malaysia supaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman.
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
- Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Kesimpulan
- Semua rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan sikap saling menghormati antara satu sama lain bagi menjaga hak penduduk rakyat Malaysia.