Tuesday, October 4, 2016

PENGAJARAN

  • Secara keseluruhannya terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita jadikan sebagai panduan untuk menaikkan semangat mencintai rukun Negara. Antara pengajaran yang diperolehi , rakyat Malaysia seharusnya ,mengambil iktibar daripada kejadian rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Selain itu, rakyat Malaysia juga perlu mengamalkan cara hidup demokratik supaya dapat mencipta masyarakat yang adil demi menjaga kemakmuran Negara. Akhir sekali, rakyat Malaysia haruslah menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan sebagai amalan hidup di Malaysia .



KESIMPULAN
  •  Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuk Malaysia. Ia penting kerana tampa perpaduan, sebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk di bangunkan dan mudah di ancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah menyedarkan kita semua, yakni rakyat Malaysia akan bertapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga-mencurigai antara satu sama lain.

VIDEO

https://www.youtube.com/watch?v=z051tW7XrxM

RUJUKAN

Buku teks pengajian malaysia

Wikipedia.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara
   

No comments:

Post a Comment